Mereka yang hadir ialah 15 duta EU yang diketuai oleh ketua delegasi EU ke Malaysia, Maria Castillo Fernandez.

Kunjungan itu berlangsung lebih sejam, dengan topik perbincangan antaranya Perjanjian Perkongsian dan Kerjasama (PCA) EU-Malaysia serta kerjasama mengenai gunatenaga wanita, kesaksamaan jantina dan hak kanak-kanak.

Isu minyak sawit juga dibincangkan dalam perjumpaan berkenaan dan Malaysia menyatakan komitmen untuk bekerja dengan semua kerajaan Eropah dalam mempromosi dan berkongsi maklumat benar mengenai  pengeluaran minyak sawit Malaysia.

EU berhasrat untuk menghentikan penggunaan minyak sawit sebagai minyak kenderaan. Bagaimanapun, awal bulan lepas penggubal undang-undang EU bersetuju untuk melanjutkan larangan itu dari 2021 kepada  2030. - Bernama