Ahli Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 3 Majlis Daerah Kuala Langat, Norhaninawati Mohd. Yusof berkata, selain mengeratkan hubungan, program tersebut bertujuan mencari pelapis dalam kalangan generasi muda untuk mempelajari ilmu memasak dodol.

Katanya, program itu mendapat kerjasama Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan Dan Pelancongan, Peradaban Melayu dan Warisan Negeri Selangor, Datuk Rashid Asari, Penyelaras DUN Sijangkang, Rosnizan Ahmad, MPP Zon 4, Siti Nor Eaini Nasuka dan Jawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Telok Panglima Garang.

“Masing-masing saling bekerjasama walaupun menghadapi cabaran untuk mengacau dodol yang mengambil masa lapan jam untuk dimasak.

“Apa yang penting, ilmu memasak dodol yang sedap dapat diturunkan kepada generasi baharu,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, dodol itu dimasak secara gotong-royong oleh 30 orang di Balai Penghulu Telok Panglima Garang.

Menurut Norhaninawati, program itu akan dijadikan acara tahunan setiap kali tiba perayaan Hari Raya Aidiladha bagi mengeratkan hubungan sesama masyarakat. - K! ONLINE