Speaker DUN Kelantan, Datuk Abdullah Ya’kub berkata, Morsi adalah pemimpin Mesir yang ulung dan dunia Islam kehilangan pemimpin yang hebat.

“Dewan merakamkan takziah kepada keluarga (Morsi) dan rakyat Mesir terutama kepada pendukung Islam,” katanya sebelum memulakan sidang DUN Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.

Dewan turut membacakan al-Fatihah kepada Allahyarham Morsi.

Morsi dilaporkan meninggal dunia ketika perbicaraan di mahkamah pada Isnin.

Menurut laporan media tempatan, Morsi rebah selepas penutup sesi perbicaraan di mahkamah dan meninggal dunia sejurus selepas itu. - Bernama