Seri Paduka bertitah, perbuatan itu walaupun dilakukan oleh segelintir pihak, namun ia telah menghakis kepercayaan rakyat kepada kerajaan.

"Beta dukacita kerana masih berlaku penyelewengan, ketirisan dan rasuah serta kebocoran maklumat kerajaan termasuk oleh penjawat awam dan bekas penjawat awam.

"Justeru, beta mengalu-alukan tindakan ke atas mereka yang terlibat ke muka pengadilan.

"Rakyat juga perlu memberi sokongan dengan tidak terlibat sebagai pemberi rasuah atau memiliki dokumen terperingkat tanpa kebenaran," titah Sultan Muhammad V.

Seri Paduka bertitah demikian ketika merasmikan istiadat pembukaan Penggal Kelima Parlimen ke-13 di Dewan Rakyat di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.