MENDER SINGH
MENDER SINGH 

Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan K. S. Men­der Singh berkata, wanita berumur 60 tahun itu ditipu setelah menerima panggilan daripada seorang lelaki pada pukul 10.30 pagi yang menyamar sebagai kakita­ngan mahkamah.

Beliau berkata, panggilan berkenaan kemudian disambung kepada pihak polis bagi meyakinkan mang­sa bahawa dia mempunyai kesalahan yang perlu tindakan segera untuk diselesaikan.

“Suspek menyatakan bahawa mangsa mempunyai tunggakan kad kredit dan dalam masa yang sama, kad kredit terbabit digunakan oleh individu lain untuk melakukan jenayah.

“Mangsa terkejut apabila dia disyaki terlibat sama dengan urusan pengeda­ran dadah dan kad kredit terbabit juga terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram,” kata beliau menerusi satu kenyataan semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.