Dana jutaan ringgit itu dikatakan milik bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk PRU-14 yang berlangsung pada 9 Mei.

Bagaimanapun, satu sumber memberitahu, wang tersebut dicuri kumpulan pengawal ke­selamatan yang diketuai pegawai Keselamatan Gred 52 yang berusia 51 tahun dan 16 orang lagi pengawal keselamatan Gred 11 sehingga Gred 38 dalam kejadian pada pukul 3 pagi, 10 Mei iaitu selepas Barisan Nasional diumumkan kalah pada PRU-14.

Wang yang dikebas kumpulan jaga berusia 31 hingga 51 tahun itu telah digunakan oleh mereka untuk membeli motosikal, perabot rumah dan disimpan dalam akaun bank peribadi masing-masing.

“Mereka didakwa selain mengambil wang yang disimpan di sebuah bilik di JPM. Sepatutnya mereka jaga premis itu sebaliknya bawa lari wang itu untuk diri sendiri,” kata sumber itu lagi kepada Kosmo! semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.