Muhammad Anuar Arshad, 49, yang berasal dari Sungai Kajang, Tanjong Karang disahkan mengidap penyakit itu selepas menjalani rawatan di Hospital Shah Alam (HSA).

Dia yang mempunyai empat orang anak berusia 10 hingga 20 tahun itu memberitahu, kos keseluruhan pembedahan adalah berjumlah RM15,000.

"Setakat ini, sebanyak RM3,726 berjaya dikumpul hasil sumbangan dan kekurangan kira-kira RM11,300 bagi membiayai kos pembedahan tersebut.

"Sudah tiga kali pembedahan terpaksa ditangguhkan dengan terakhir semalam. HSA menjadualkan semula pembedahan pada 17 Jun depan," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Menceritakan lebih lanjut, dia kerap menerima rawatan di hospital sejak Julai tahun lalu berikutan sering kebas pada bahagian tangan dan kaki namun tidak mengesan sebarang penyakit.

Ujar Muhammad Anuar, dia bagaimanapun ditahan di wad selama empat hari dengan imbasan Magnetic Resonance Imaging (MRI) pada otak mendapatinya mengidap penyakit cerebela sebelum disahkan mengidap penyakit tulang belakang Mac lalu.

"Pemeriksaan doktor mendapati saya tulang pada C3, C4, C5 dan C6 bermasalah dan hanya boleh dirawat melalui kaedah pembedahan," katanya.

Justeru, orang ramai boleh menyalurkan sumbangan menerusi nombor akaun RHB Bank  16262500007771 atau Bank Simpanan Nasional 1000441000048494 atas nama Muhammad Anuar Arshad atau menghubunginya di talian 011-21492151. - K! ONLINE