Dalam kejadian pada pukul 7.23 malam itu, dua mangsa yang terkorban ialah Norjim Nurul Amin, 24, dan seorang kanak-kanak lelaki, Ibrahim Budi Alam, 3. Kedua-dua mangsa itu meninggal dunia kerana masing-masing mengalami kecederaan parah di kepala. Kedua-dua mangsa merupakan warga Myanmar.

Timbalan Ketua Polis Daerah Bachok, Asisten Superintendan Azmi Mokhtar berkata, sebelum kejadian, kedua-dua mangsa daripada sebuah keluarga besar dari Kampung Babong, Kedai Lalat di Kota Bharu sedang berkelah di pantai berkenaan.

“Semasa berada di kawasan pantai itu, pokok rhu tumbang ekoran ribut kuat. Mereka tidak sempat melarikan diri kerana kejadian itu berlaku dalam sekelip mata,” katanya ketika dihubungi semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.