Penduduk Gaza turut menerbangkan berpuluh-puluh layang-layang berhampiran pagar sempadan, sesetengahnya membawa bom botol sebagai satu taktik menyebabkan beberapa kebakaran kecil di kawasan Israel minggu ini.

Jumlah kematian penunjuk perasaan yang dibunuh Israel hingga 30 Mac lalu adalah 36 orang dengan ratusan yang lain cedera, menurut Kementerian Kesihatan Gaza.

Lebih 83 orang cedera semalam, kata kementerian itu.

Israel berkata, mereka hanya menembak apabila perlu menjaga sempadannya dan mengelakkan keganasan namun tiada penduduk Israel cedera dan peraturan melepaskan tembakan sedang diteliti.

Protes sempadan memberi cabaran kepada pasukan keselamatan Israel dan pesawat tentera menggugurkan helaian kertas di kawasan sempadan awal pagi Jumaat yang memberi amaran supaya tidak menghampiri pagar. - AFP