Dalam kejadian lebih kurang pukul 12.30 tengah malam itu, mangsa, Liu Teck Soon, 22, yang memandu kenderaan terbabit bersama rakannya, Joan Chan Chiew Ling, 21, disahkan meninggal dunia di lokasi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superitendan George Abd. Rakman berkata, hasil siasatan awal mendapati kenderaan yang dipandu mangsa telah terbabas sendiri.

"Dipercayai, semasa dalam perjalanan pemandu berkenaan telah tertekan pedal minyak sehingga menyebabkan kenderaan terbabit hilang kawalan lalu terbabas dan masuk ke dalam parit berhampiran.

"Susulan insiden itu, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan daripada Hospital Queen Elizabeth 1 (HQE 1) yang tiba di tempat kejadian," katanya di sini hari ini.

Tambah George, mangsa seterusnya dihantar ke HQE 1 dekat sini untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - K! ONLINE