Pengarah Komunikasi Korporat MPK, Norfiza Mahfiz berkata, tindakan itu susulan kedegilan pemilik rumah tersebut membersihkan kesemua sampah dan barangan itu walaupun notis dikeluarkan sejak sebulan lalu.

Katanya, penghuni rumah tersebut juga didapati sering mengelak apabila pihak MPK ingin bertemu dengan mereka.

"Kita menerima aduan daripada jiran sekeliling terhadap perbuatan penghuni rumah tersebut sebelum mengeluarkan notis sejak sebulan lalu bagi membersihkan sampah dan barangan lusuh itu.

mpk sampah
Jentolak terpaksa digunakan untuk mengangkat sampah dan barangan lusuh ke dalam lori sebelum dibuang.

 

"Namun didapati penghuni rumah tersebut ingkar dan MPK terpaksa membuat operasi pembersihan supaya tiada kejadian tidak diingin berlaku," katanya ketika dihubungi Kosmo! Online di sini hari ini.

Beliau memberitahu, operasi itu mengambil masa selama dua jam bermula pukul 9 pagi dengan timbunan sampah dan barangan lusuh itu diletakkan penghuni di anjung rumah mereka.

Ujar Norfiza, pihaknya juga terpaksa memotong mangga pintu pagar rumah tersebut selepas didapati penghuni tiada di rumah dan enggan memberi bekerjasama.

"Kita terpaksa menggunakan jentolak bagi mengangkat sampah dan barangan lusuh yang dianggarkan seberat dua tan ke dalam lori sebelum dibuang ke tempat sepatutnya," katanya. - K! ONLINE