Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, kesemua suspek berjaya ditahan semalam, di mana tangkapan yang pertama dilakukan selepas suspek tampil untuk menyerah diri pukul 2.20 petang, dan seorang lagi suspek berjaya ditahan di sebuah hotel pukul 11.50 malam, 

"Kesemua suspek berjaya ditangkap pihak berkuasa di sekitar Kuala Lumpur. 

“Namun, pihak berkuasa masih menjejaki seorang lagi individu bernama Devan untuk membantu siasatan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Mazlan menambah, kes disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana melakukan pemerasan.

Jelasnya, mangsa mendakwa bahawa beliau tidak pernah menerima sebarang notis tunggakkan daripada pihak bank.

"Siasatan lanjut akan terus dilakukan pihak polis dan kami akan menyiasat jika suspek terlibat dalam mana-mana kongsi gelap," ujarnya. 

Semalam, satu klip video berdurasi dua minit tiga saat tular di laman Facebook memaparkan tindakan seorang lelaki ditenangkan oleh anggota polis yang bertegas untuk menarik kereta milik mangsa.

Lelaki berkenaan bersama dua lagi rakannya mendakwa mangsa mempunyai tunggakan bayaran dengan pihak bank dan kelihatan sangat meyakinkan apabila bercakap dengan anggota polis yang tiba di lokasi kejadian. - K! ONLINE