Pemangku Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, dua lelaki tersebut ditahan pada pukul 12 tengahari ini dua lokasi berasingan.

"Suspek pertama yang bekerja sebagai jurujual kenderaan berusia 52 tahun diberkas di daerah ini, manakala pemandu lori berusia 36 tahun ditahan di Rantau.

"Polis sedang memburu tiga lagi suspek yang masih bebas kerana menghalang tugas penjawat awam. Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini. - K! ONLINE