Kedua-dua tertuduh iaitu M. Rinishwaran, 19, dan Sharudin Hassan, 31,  me­ngangguk faham sebaik pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Adibah Husna Zainal.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada dua lelaki tersebut.

Mengikut kertas pertuduhan, mereka dituduh secara bersama membunuh E. Muniandy di dalam bilik nombor 307, LA Motel di alamat 298, Jalan Kelab Cinta Sayang, Taman Bandar Baru antara pukul 6.10 petang hingga 9.45 malam, 4 Mac lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Rifaie Mohamed Riyaludin mengemukakan pendakwaan ke atas kedua-dua tertuduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. - K! ONLINE