Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superitendan Lim Bak Phai yang mengesahkan kejadian itu berkata mangsa yang maut di tempat kejadian dikenali sebagai Mustaqim Azizuddin dan Muhammad Zahin Abdullah yang masing-masing berumur 16 tahun.

Dalam kejadian pada kira-kira pukul 2 pagi tadi, kedua-dua remaja berkenaan sedang dalam perjalanan dari arah Bukit Beruntung menuju ke Rawang, katanya ketika dihubungi Bernama. 

Menurut Bak Phai, Mustaqim yang menunggang motosikal itu dipercayai tidak sempat mengelak dan merempuh belakang kenderaan jenis pacuan empat roda iaitu Mitsubishi Triton yang berhenti di lorong kecemasan.

"Pemandu lelaki kenderaan berkenaan yang berusia 20 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan dan kenderaannya mengalami remuk di bahagian belakang kanan.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat. - Bernama