Dalam kejadian kira-kira pukul 12.20 tengahari itu, kedua-dua mangsa, Muhammad Emir Safuan Saifullizan yang menunggang motosikal tersebut dan pemboncengnya, Mohammad Syamir Sulaiman maut di tempat kejadian. 

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Haslah Bachok berkata, pemandu Perodua Alza iaitu seorang lelaki berusia 56 tahun bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan. 

"Siasatan awal di tempat kejadian mendapati kemalangan itu berlaku di satu selekoh di jalan berkenaan," katanya kepada pemberita hari ini.

Haslah berkata, kemalangan dipercayai berlaku sewaktu Perodua Alza itu dalam perjalanan dari arah Tanjung Ipoh menuju ke arah Seri Menanti. 

Menurut beliau, Perodua Alza itu kemudian bertembung dengan motosikal jenis Suzuki yang dipercayai hilang kawalan dan terjatuh di laluan MPV tersebut. 

Menurut beliau, akibat daripada pelanggaran tersebut, penunggang dan pembonceng motosikal itu maut di tempat kejadian dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah untuk bedah siasat.

Jelas beliau, siasatan lanjut masih dijalankan dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - K! ONLINE