Dalam kejadian kira-kira pukul 2.38 pagi, Mohamad Helmy Zulkhairie Idris, 18 dan Muhammad Syafiq Sahili, 19, maut di lokasi kejadian akibat parah di kepala.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azaman Shariat berkata, kemalangan dikatakan berlaku apabila kedua-dua mangsa menunggang motosikal jenis Yamaha 135 LC menuju ke Klang dari Kuala Lumpur.

Katanya, kedua-dua mereka dipercayai telah berlumba sebelum bergesel antara satu sama lain.

"Geseran itu telah mengakibatkan mereka hilang kawalan sebelum melanggar penghadang jalan di lorong kanan lebuh raya tersebut.

"Kedua-dua mereka kemudiannya dipercayai tercampak sejauh 30 meter sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Jelas beliau, mayat kedua-dua mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat.

Kes disiasat  mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - K! ONLINE