Dua mangsa yang hilang itu ialah Noor Rahimi Fithri Ismail, 19, dan Muhammad Norhakimi Rejab, 20.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penawar, Mohd. Fadhli Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 8.32 pagi sebelum bergegas ke lokasi bersama lapan anggota.

“Kami diberitahu mangsa merupakan bersaudara dan mereka ke pantai ini bersama keluarga untuk berkelah dan ketika kejadian air laut pasang sebelum mangsa hilang.

“Operasi mencari dan menyelamat kedua-dua mangsa masih diteruskan di kawasan laut dan sehingga kini mereka masih belum ditemui,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - K! ONLINE.