Dalam serbuan yang dilakukan sepasukan anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping itu, kedua-dua suspek berusia 27 dan 35 tahun itu ditahan kira-kira pada pukul 4 pagi.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, pihaknya mengesan dua lelaki di pondok tersebut dalam keadaan mencurigakan.

“Pemeriksaan menemui satu tin besi yang mengandungi enam peket lutsinar berisi dadah jenis heroin dan tiga lagi peket berisi syabu.

“Siasatan lanjut mendapati kedua-dua suspek yang tidak bekerja itu aktif menjual dadah di sekitar Batu Kurau,” katanya.

Tambah Osman, semakan mendapati dua lelaki tersebut mempunyai beberapa rekod jenayah lampau melibatkan kes dadah dan jenayah.

“Rampasan dadah dianggarkan bernilai RM46,750 dan polis turut menyita sebuah motosikal jenis Honda RS150 bernilai kira-kira RM7,000.

“Mereka berdua kini direman selama tujuh hari sehingga 13 September depan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. - K! ONLINE