Berdasarkan maklumat dari Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Dungun, dua buah pusat pemindahan dibuka bagi menempatkan seramai keseluruhan 55 mangsa daripada 20 buah keluarga dari Kampung Pasir Raja dan Kampung Shukor dekat sini.

Seramai enam penduduk ditempatkan di Dewan Orang Ramai Pasir Raja manakala seramai 49 mangsa dari 16 keluarga terpaksa dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Kampung Shukor. 

Keadaan cuaca semasa di sekitar daerah ini dilaporkan hujan pada tahap sederhana. - K! ONLINE