Kejadian kira-kira pukul 3.15 pagi itu berlaku apabila sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Berat (D9) Bukit Aman yang melakukan rondaan cegah jenayah di Jalan Seremban 2-Labu terserempak dengan sebuah kereta Honda City dalam keadaan mencurigakan.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, polis kemudian mengarahkan pemandu untuk memberhentikan kereta tersebut, namun suspek bertindak memecut laju.

Katanya, pasukan polis terpaksa mengejar kereta suspek sejauh dua kilometer sebelum berjaya memintas dan mengarahkan suspek berhenti di Persia­ran Ainsdale Selatan.

“Sebaik berhenti, seorang suspek tiba-tiba keluar dari ken­deraan dan melepaskan empat das tembakan manakala rakannya meluru ke arah anggota polis sambil melibas sebilah parang.

“Bagi mempertahankan diri, polis melepaskan lima das tembakan yang mengenai dada ke­dua-dua suspek,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.