Menurut laporan, tentera rejim Zionis melepaskan sejumlah das tembakan dengan menggunakan peluru hidup bagi menyuraikan penunjuk perasaan.

Dalam kejadian itu, ribuan penunjuk perasaan Palestin dengan kebanyakan mereka membaling batu ke arah pasukan keselamatan Israel di sepanjang pagar sempadan Gaza yang dikuasai rejim tersebut termasuk tujuh buah bandar di Tebing Barat dan timur Baitulmuqaddis.

Baitul Laham yang merupakan tempat kelahiran Nabi Isa diĀ­selubungi asap apabila tayar-tayar dibakar di jalanan oleh penunjuk perasaan.

Perkembangan terbaharu itu menjadikan 11 rakyat Palestin mati dibunuh sejak AS mengisytiharkan Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel pada 6 Disember lalu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.