Kedua-dua pelajar itu adalah Bendahari Kehormat Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Shah Alam, Nurul Fatiha Norsip dan Penolong Naib Yang Dipertua Jabatan Perhubungan & Pengantarabangsaan MPP UiTM, 
Muhamad Afiq Hariz Khatem.

Naib Canselor UiTM, Prof. Emeritus Ir. Dr. Azraai Kassim berkata, pelantikkan itu adalah selaras dengan hasrat dan galakan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik dalam memperkasakan pemberdayaan pelajar dan pengupayaan pelajar dalam proses pengurusan universiti.

Katanya, antara syarat menjadi Ahli Senat termasuk mereka merupakan pelajar UiTM sepenuh masa di peringkat Ijazah, memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) minimum 2.75 dan aktif aktiviti kokurikulum.

“Sebagai Naib Canselor saya menggunakan kuasa yang diberi berdasarkan Seksyen 16A(5) Akta Universiti Teknologi MARA 1976 (Akta 173) untuk melantik (Co-Opt) dua orang pelajar sebagai Ahli Senat UiTM.

“Lantikan ini berkuat kuasa pada 1 Julai ini sehingga tarikh terakhir mereka memegang jawatan sebagai MPP. Mereka adalah tertakluk kepada perundangan mengenai kerahsiaan dan penyebaran maklumat Senat,” katanya pada sidang akhbar sini hari ini.

Azraai berharap perlantikan itu mampu mewujudkan dasar UiTM yang lebih mesra kepada aspek menjaga kepentingan pelajar secara menyeluruh.

Sementara itu, Nurul Fatiha memberitahu, saluran itu dapat digunakan dalam menyumbang idea terhadap perkembangan UiTM secara keseluruhanya.

“Sudah tentu teruja namun akan menggunakan peluang sebaiknya untuk diri dan memajukan UiTM menjadi universiti yang gemilang di negara ini,” katanya. - K! ONLINE