Dalam kejadian 6 petang itu, remaja berusia 13 dan 16 tahun itu dibawa arus ketika mandi manakala seorang lagi rakan mereka berjaya diselamat pihak bomba.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Renggam, Asyraf Nur Mohd. Yusoff, operasi mencari dua mangsa tersebut masih dilakukan.

"Kita melakukan operasi mencari dan menyelamat di kawasan terakhir dua remaja tersebut dipercayai lemas. Keadaan arus sungai sangat deras ketika ini disebabkan baru sahaja hujan," katanya ketika dihubungi. 

Beliau berkata, semua mangsa merupakan pelajar Sekolah Agama Nur As Sidiq di sini. - K! ONLINE