Mangsa iaitu Mat Sham Hashim, 58, dan Mohd. Redhuan Mat Nasir, 32, masing-masing mengalami kecederaan di bahagian muka dan anggota badan lain.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar, Zainal Ahmad Taken berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 12.40 tengah hari sebelum menggerakkan satu jentera dengan lima anggota ke lokasi kejadian.

"Semasa kejadian pekerja itu dipercayai sedang melakukan kerja-kerja pembaikan kabel sebelum kabel tersebut meletup dan terkena mereka sebelum kedua-duanya terjatuh dari staging (perancah)," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Zainal Ahmad berkata, kedua-dua mangsa di bawa ke Hospital Kuala Kangsar untuk rawatan lanjut. - Bernama