Dalam kejadian 7.50 pagi itu, mangsa, Muhammad Nazri Abdullah, 23, dan Mohammad Hisham Mohd Kassan, 29, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Deputi Superintendan M. Kumaresan berkata, kemalangan dipercayai berpunca apabila Muhammad Nazri yang menunggang motosikal Yamaha 125 secara melawan arus.

"Mangsa yang berasal dari Kampung Rahmat, Rantau Panjang, Kelantan dipercayai menunggang melawan arus dari arah Senai menuju ke Gelang Patah.

"Pada masa yang sama, datang sebuah lagi motosika jenis Honda ditunggang Mohammad Hisham sebelum bertembung dari arah bertentangan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kumarasan berkata, kemalangan itu menyebabkan kedua-dua mangsa maut ditempat kejadian sebelum dihantar ke Hospital Kulai dekat sini untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - K! ONLINE.