Pegawai polis ma­sing-masing berpangkat asisten superintendan dan inspektor dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang itu disyaki berpakat bagi meminta rasuah RM3,500 daripada seorang ahli perniagaan.

Perbuatan itu dipercayai sebagai sogokan kepada mereka jika ahli perniagaan tersebut tidak mahu seorang pekerjanya yang ditahan kerana memiliki telefon bimbit curi jenis Vivo dihadapkan ke mahkamah.

Perintah reman ke atas kedua-dua suspek dikeluar­kan oleh Penolong Pendaf­tar Mahkamah Khas Reman Seremban, Harya­tie Mohd. Saini di sini kira-kira pukul 11 pagi semalam selepas menerima permohonan pegawai penyiasat SPRM, Riduan Kardi.

Sumber SPRM memaklumkan, inspektor polis tersebut dipercayai meng­hubungi ahli perniagaan lelaki itu pada Khamis lalu dan meminta wang rasuah RM3,500 jika tidak mahu pekerjanya dituduh di mahkamah.

 

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.