Kedua-dua lelaki yang dikenali sebagai Teguh Lesmania,39, dan Ibrahimsyah Saragih, 23, ditahan kira-kira pukul 4.03 petang pada kedudukan 0.6 batu nautika dari perairan Selat Lumut di sini.

Pengarah Maritim Daerah, Kepten Maritim Abu Zaki Mohammad berkata, ketika ditahan feri berkenaan dalam perjalanan dari Pulau Ketam menghala ke Pelabuhan Klang.

"Pemeriksan pihak kita di dalam feri penumpang terbabit telah menemui dua lelaki warga Indonesia sedang menyorok.

"Hasil siasatan pihak kita mendapati kedua-dua mereka tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah,"katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, kedua-dua lelaki berkenaan kemudian di bawa ke jeti Daerah Maritim 4 Klang, di sini untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan sah.

Jelasnya, Maritim Malaysia akan menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang berterusan kawasan perairan Malaysia terutama Selangor bagi membanteras kegiatan jenayah di laut.
   
"Orang ramai yang mempunyai makumat mengenai aktiviti seumpama itu diminta menyalurkannya di talian 24 jam MERS 999 atau pusat operasi Maritim Malaysia," katanya. - K! ONLINE