Bagaimanapun, ketika diminta mengulas sama ada beliau akan menyambung tempoh perkhidmatan sebagai orang kedua dalam pasukan beruniform itu Noor Rashid enggan mengulas lanjut.
 
“Secara rasmi saya masih ada dua minggu lagi untuk tempoh persaraan dan saya sudah berikan yang terbaik sepanjang perkhidmatan saya dalam pasukan ini.

“Saya perlu berehat, namun berhubung penyambungan perkhidmatan itu saya tidak mahu mengulas lanjut,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penutupan Bengkel Latihan dan Penyiasatan Insiden Bio buat kali ketiga di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur di sini hari ini.

Noor Rashid dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara pada Disember 2014 menggantikan Tan Sri Mohd. Bakri Mohd. Zinin yang bersara wajib.