Dalam kejadian pada 5 petang itu, pemandu kereta Perodua jenis Alza, Jamaludin Basri, 56, dari Taman Mewah, Simpang Renggam, Johor dan anak perempuannya, Hanis Syahirah, 19, yang duduk di bahagian belakang sebelah kanan maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Rompin DSP Azli Mohd Noor berkata, tiga lagi penumpang kereta tersebut iaitu isteri Jamaludin, Rozita Manan, 50, yang duduk di bahagian penumpang hadapan dan dua lagi anak perempuan mereka, Hanis Nazira, 17, dan Hanis Humaira, 12, cedera parah di bahagian muka dan kepala.

Menurutnya, empat lagi mangsa yang cedera ialah pemandu Proton Exora, Yusoff Mat Mohidin, 35, bersama isterinya,  Farizan Subian, 35, serta dua anak mereka, Nur Farisya, 6, dan Muhammad Fariz Izuan, 9.

Seorang lagi anak Yusoff, Muhammad Zaquwan berusia setahun dan pemandu lori tangki bahan kimia (kosong) tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - Bernama