Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Zainal Omar berkata, kejadian itu mengorbankan seorang peniaga, Muhammad Ridzuan Chua, 33, serta rakannya yang masih belum dikenal pasti.

Zainal berkata, kedua-dua mangsa yang berasal dari Kuantan itu sedang dalam perjalanan menuju Segamat, Johor sebelum kenderaan dipandu rakan mangsa memasuki laluan bertentangan.

"Lori tangki minyak sawit itu pula dari arah Selancar menuju Kuantan. Kemalangan dipercayai berpunca daripada kenderaan Naza Ria yang memasuki laluan bertentangan dan merempuh lori tangki berkenaan.

"Kedua-dua mangsa disahkan maut di tempat kejadian dan mayat dihantar ke Hospital Muadzam Shah untuk bedah siasat," ujar beliau menerusi kenyataan hari ini.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana kemalangan membabitkan kematian. - K! ONLINE