Dalam kejadian pukul 4.30 pagi itu, R. Vijaydren, 16, dan adiknya, R. Shankar, 13, meninggal dunia akibat kecederaan parah pada anggota badan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping, Superintendan Razlam Ab. Hamid berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa bersama ibu dan bapa tirinya menaiki kereta jenis Nissan Sentra dan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Sungai Petani, Kedah.

Jelasnya, sewaktu tiba di lokasi kejadian, kereta tersebut dipercayai bergesel dengan sebuah lori.

“Insiden itu menyebabkan kereta berkenaan berhenti di tengah lebuh raya.

“Sewaktu kejadian, sebuah bas ekspres yang datang dari arah sama tidak sempat mengelak sebelum merempuh bahagian belakang kereta tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.