Dalam kejadian pukul 8.30 malam itu, mangsa dikenali Mulyana, 39, maut di lokasi kejadian, manakala anak perempuanya, Hidayu Nurmadna, 3, meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS).

Suaminya, Akmin Hariyanto, 47, dan seorang lagi anak perempuan, Hidayah Nurmadna, 3, menerima rawatan di HTJS.  

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Zainudin Ahmad berkata, kemalangan membabitkan kenderaan jenis Perodua Kembara dan sebuah motosikal Suzuki.

"Siasatan awal di tempat kejadian mendapati nahas dipercayai berlaku apabila Perodua Kembara dipandu lelaki warga emas dari arah Port Dickson menghala ke Seremban hilang kawalan lalu melanggar belakang motosikal yang berada di hadapannya dari arah sama.

"Rempuhan mengakibatkan seorang wanita dan anak perempuannya yang menaiki motosikal tersebut meninggal dunia, manakala suami dan seorang lagi anak perempuan mereka cedera," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau memaklumkan, pemandu Perodua Kembara, Chan Fah Yen, 64, tidak mengalami kecederaan.

Tambah Zainudin, siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - K! ONLINE