Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam satu kenyataan berkata, kedua-dua mangsa yang menaiki Perodua Bezza disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Bagaimanapun, pemandu pacuan empat roda berkenaan hanya mengalami cedera ringan dan kes itu kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," kata kenyataan itu.

JBPM Sabah berkata, pihaknya menerima pangilan mengenai kejadian itu pukul 5.51 pagi dan sebuah jentera bersama sembilan anggota dari Balai Bomba Kota Belud dikerahkan ke lokasi kejadian untuk melakukan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Operasi tamat sepenuhnya pada 7.37 pagi. - Bernama