Salinan dokumen yang diperoleh AFP daripada seorang sumber yang hadir pada perbicaraan pertama itu berkata, dua suspek berkenaan telah melancong ke Arab Saudi dengan menggunakan passport negara Arab Saudi.

Dua lelaki itu didakwa kerana melakukan pengintipan untuk agensi perisikan Israel, Mossad dan merancang untuk melakukan tindakan keganasan pada musim haji sementara seorang daripada mereka turut didakwa kerana pernah menghubungi kumpulan Daesh. 

Akhbar Arab Saudi, Okaz dan Al-Riyadh berkata bahawa kes perbicaraan itu dijalankan di sebuah mahkamah antikeganasan di ibu kota tanpa menjelaskan tarikh sebenar kedua-dua lelaki berkenaan ditahan. - AFP