Kejadian berlaku pukul 3.20 pagi ketika kedua-dua mangsa berusia 40an dikatakan dalam perjalanan ke Sungai Besar dari Sungai Buloh.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Selangor Mohd. Faisal Jumari berkata, sembilan anggota termasuk seorang pegawai bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 3.37 pagi.

Katanya, kedua-dua mangsa dikatakan berjaya menyelamatkan diri sebelum kenderaan mereka terbakar.

"Kebakaran dapat dikawal dalam tempoh lima minit sebelum dipadamkan sepenuhnya 20 minit kemudian.

"Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan pihaknya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - K! ONLINE