Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, dua suspek tersebut turut melepaskan satu das tembakan amaran ke lantai kedai tersebut sebelum melarikan diri.

“Pihak polis menerima panggilan kecemasan daripada pemilik kedai kira-kira pukul 4.35 petang menyatakan bahawa kedainya telah disamun oleh dua lelaki tempatan bersenjata yang mempunyai pistol.

“Kedua-dua suspek juga telah merampas wang hasil perniagaannya yang bernilai RM2600 di kaunternya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Samsor menambah, mereka kemudiannya telah melarikan diri dengan menaiki kereta jenis Perodua Myvi berwarna biru.

“Hasil semakan pada nombor pendaftaran tersebut mendapati bahawa ia adalah nombor palsu yang didaftarkan terhadap sebuah lori.

“Siasatan diteruskan mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971,” ujarnya. k! ONLINE