Timbalan Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Deputi Superintendan Lim Chee Khoon berkata, kedua-dua suspek berusia 37 dan 45 tahun itu ditahan dalam dua serbuan berasingan di daerah ini. 

Katanya, penangkapan pertama dilakukan pukul 7 malam semalam dan enam jam kemudian. 

"Kedua-dua mereka kini direman selama tujuh hari bermula hari ini dengan siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenalpasti motif kejadian dan suspek yang terlibat. 

"Setakat ini, kejadian tersebut bukan bermotifkan samun," katanya ketika dihubungi Kosmo! Online di sini hari ini. 

Beliau turut menolak penglibatan mana-mana kongsi gelap berhubung kes tersebut. 

Kosmo! Online semalam melaporkan seorang wanita warga emas maut manakala cucu lelakinya parah selepas ditetak di seluruh badan oleh lima suspek bertopeng bersenjatakan parang di rumahnya di Tebuk Pulai di sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.15 pagi semalam, P. Runkanaikey berusia 78 tahun parah di bahagian kepala, telinga kanan, tangan kiri dan lutut kiri dan meninggal di lokasi kejadian. 

Sementara, N. Silamparasan, 22, yang merupakan peniaga buah kelapa parah di lengan tangan kiri, peha dan betis kiri serta tapak kaki kanan sedang dirawat di Hospital Sabak Bernam.-K! ONLINE