Majistret Siti Nabilah Abdul Rashid mengeluarkan perintah tahanan reman mulai hari ini hingga 8 Februari selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat permohonan di Mahkamah Majistret di sini.

Menurut sumber SPRM, kedua-dua pegawai polis berkenaan yang berusia 31 dan 33 tahun itu ditahan di Petaling Jaya semalam (Isnin) dan ketika ditahan SPRM turut menyita wang tunai RM15,000 daripada mereka.

Mereka disiasat berkaitan kes pegawai polis meminta rasuah berjumlah RM40,000 daripada seorang individu sebagai ganjaran supaya individu itu tidak ditangkap berkenaan kes pelaburan yang dalam siasatan, katanya. - Bernama