Mereka adalah Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Datuk Mohd. Radzi Abd. Latif dan Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah Datuk Jasri @ Nasip Mat Jakir. 

Watikah pelantikan itu diperkenan disampaikan oleh Sultan Selangor, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. 

Pelantikan yang berkuatkuasa pada 9 Mei tahun ini hingga 8 Mei 2022 itu dibuat selaras dengan Subseksyen 57(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.

Pada majlis tersebut juga, Sultan Sharafuddin turut berkenan menyampaikan watikah pelantikan tiga Hakim Mahkamah Rendah Syariah kepada Nadiah Khamis, Mohd Faizal Habib dan Muhammad Mujahid Ahmad serta tujuh orang Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah. 

Pelantikan yang berkuatkuasa mulai 9 Mei lalu itu dibuat selaras dengan Subseksyen 59(1) dan Seksyen 60 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) Tahun 2003.

Turut hadir dalam istiadat itu adalah Ketua Pengarah merangkap Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia,  Datuk Dr. Mohd Naim Mokhtar, Ketua Hakim Syarie Selangor,  Mohammad Adib Husain dan Ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Selangor yang merupakan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Selangor, Noor Huda Roslan. - K! ONLINE