Kejadian yang berlaku pada pukul 11 malam itu dipercayai berpunca daripada percikan api timbunan sisa buluh lemang yang diletakkan berdekatan kedua-dua gerai berkenaan.

Deretan gerai berkenaan yang terletak di Jalan Kuantan-Kuala Terengganu berhampiran Bandar Baru Kijal tersebut sering menjadi tumpuan ramai termasuk pelancong kerana keenakan lemangnya.

Pemilik kedai tersebut, Yassin Mohammad, 64 , berkata, sewaktu kejadian, dia sedang menonton perlawanan akhir Piala Dunia di rumahnya di Kampung Darat, Bukit Kemuning di sini selepas selesai berniaga pada pukul 6 petang.

"Saya dimaklumkan tentang kebakaran tersebut oleh beberapa jiran sekampung yang datang ke rumah saya pada pukul 11.15 malam.

"Sebaik menerima berita itu, saya bergegas ke gerai namun tidak dapat menyelamatkan apa-apa termasuk peralatan berniaga kerana api sudah terlalu marak," katanya ketika ditemui Kosmo! di sini hari ini.

Yassin berkata, dia sedih menyaksikan gerai menjual lemang diperbuat sepenuhnya daripada kayu yang diwarisi daripada keluarganya sejak puluhan tahun lalu musnah dalam sekelip mata. - K! ONLINE