Kedua-dua suspek berusia 38 dan 36 tahun itu ditahan di sebuah perhentian bas tepi jalan Seksyen 8 di sini kira-kira pukul 9.30 pagi hari yang sama. 

Turut dirampas dua buah beg galas berisi pakaian dan kasut dipercayai milik suspek dan hasil curi. 

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, berdasarkan keterangan pengadu, beliau menyedari kehilangan sebanyak 13 pasang kasut yang diletakkan di dalam almari di ruang parkir rumahnya itu kira-kira pukul 8.15 pagi. 

Katanya, pengadu juga telah memaklumkan kejadian tersebut kepada jiran-jirannya dan mendapati salah seorang daripada mereka turut kehilangan kasut. 

"Bertindak atas maklumat sepasukan polis telah membuat rondaan dan menjumpai dua lelaki dalam keadaan mencurigakan di sebuah perhentian bas tepi Jalan Seksyen 8 dan hasil soal siasat kedua-duanya mengaku telah mencuri kasut di kawasan rumah Seksyen 6 di sini.

"Suspek juga telah menunjukkan dua buah rumah yang dimasuki mereka dengan cara memanjat pagar rumah dan mencuri kasut yang berada di kawasan rumah tersebut,"katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Shafien memberitahu, hasil soal siasat suspek memberitahu, barangan yang dicuri telah diserahkan kepada dua rakannya dan usaha memburu mereka sedang giat dijalankan. - K! ONLINE