Bagaimanapun, dalam kejadian pukul 8.30 malam itu tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjong Karang, Azmi Abbas berkata, seramai tujuh anggota termasuk pegawai dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.39 malam. 

Katanya, operasi pemadaman turut dibantu 25 anggota BBP dari Kuala Selangor, Sekinchan dan Sungai Besar dan 14 anggota bomba sukarela dari Sekinchan dan Pasir Penambang, 

"Kita mengambil masa hampir sejam bagi mengawal kebakaran sebelum api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 3 pagi. 

"Tiada mangsa yang terkorban atau cedera dengan kebakaran memusnahkan 80 peratus dua premis tersebut," katanya ketika dihubungi Kosmo! Online di sini hari ini. 

Jelas beliau, jumlah kerugian dan punca kebakaran masih dalam siasatan. - K! ONLINE