Kedua-dua tekong bersama enam awak-awak tempatan diberkas anggota agensi itu kira-kira pukul 5.30 hingga 5.50 pagi.

Timbalan Pengarah Operasi, Daerah Maritim 2 Pulau Pinang, Komander Maritim Hamizan Harun berkata, kesemua nelayan terbabit disyaki telah melakukan kesalahan Undang-Undang Malaysia di bawah Akta Perikanan 1985.

"Kedua-dua bot tersebut ditahan bersama hasil tangkapan lebih kurang 40 kilogram udang dan  dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin di Batu Uban untuk siasatan  dan tindakan lanjut.” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi. - K! ONLINE