Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi itu, mangsa yang maut dikenali Sulastri, 48 dan anaknya lelakinya, Wahyu Mohd. Asraf, 17.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Selangor, Norazam Khamis berkata, siasatan awal mendapati kebakaran dipercayai bermula dari ruang tamu akibat litar pintas.

Katanya, sepasukan anggota dan pegawai daripada Balai Bomba dan Penyelamat Kota Raja, Andalas dan Pelabuhan Klang bersama tiga jentera bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 6.48 pagi.

“Dua mangsa kemudiannya berlindung di bilik air selepas cubaan melarikan dari melalui pintu belakang gagal kerana berkunci dari luar.

“Bomba mengambil masa 30 minit bagi memadakamkan keseluruhan kebakaran sebelum menemui dua mangsa rentung di bilik air,”katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini. - K! ONLINE