Dalam kejadian kira-kira pukul 12 te­ngah malam itu, mangsa, Johari Bakar, 57, dan anaknya, Nur Sari Danila, 14, dipercayai cuba menyelamatkan diri selepas rumah mereka dinaiki air.

Isteri Johari, Che Yang Ton, 53, yang turut dihanyutkan arus deras bagaima­napun sempat berpaut pada sebatang pokok jambu, manakala seorang lagi anak mereka, Azim Hazrin, 22, pula berpaut pada tiang garaj rumahnya.

Mayat Nur Sari Danila yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Kob di sini ditemui pada pukul 7.45 pagi sebelum mayat Johari yang juga pesara tentera ditemui dua jam kemudian.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.