Dalam kejadian pukul 2.30 petang itu, mangsa Mohd. Zin Mohd Daud, 59, ( Gambar kecil) mengalami kecederaan parah sementara anaknya yang dikenali sebagai Awang, 30, hanya cedera ringan.

Difahamkan, ketika kejadian kedua-dua mangsa sedang melakukan kerja-kerja pembinaan di dalam bangunan tersebut.

Sementara itu, Timbalan Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Zon Kota Bharu, Abu Hassan Mohd Nawi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.37 petang.

Katanya, seramai 10 anggota telah dikejarkan ke lokasi kejadian untuk kerja-kerja menyelamat.

"Sejurus kami tiba, kedua-dua mangsa telah berjaya dikeluarkan oleh orang ramai. Mangsa kemudian telah rujuk ke Hospital Pasir Mas untuk rawatan lanjut," katanya.- K! ONLINE