Kejadian pukul 6.30 petang itu, mengakibatkan Junaidi Otuh, 32, dan adiknya, Nurfazirah, 22, yang berasal dari Sabah meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisinor Shamsul Amar Ramli berkata, kedua-dua beradik yang menaiki motosikal jenis Yamaha 135LC itu dalam perjalanan ke daerah ini dari Shah Alam.

Katanya, sewaktu kejadian Junaidi dikatakan ingin membawa Nazirah bersiar-siar selepas adiknya itu baru sahaja tiba di Semenanjung pada 25 Julai bagi mencari pekerjaan.

"Hasil siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai  berlaku apabila motosikal dinaiki dua beradik dari arah belakang cuba memotong sebuah jentolak namun gagal lalu melanggar
tayar kanan belakang kenderaan itu.

"Impak kemalangan itu kedua-dua beradik tersebut meninggal dunia di lokasi tersebut sebelum mayat mereka dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi di sini pagi tadi.

Beliau memberitahu, bagaimanapun pemandu jentolak tersebut berusia 64 tahun tidak mengalami sebarang kecederan.

Ujarnya, siasatan awal di lokasi kejadian mendapati permukaan jalan rata dan tiada rakaman televisyen litar tertutup (CCTV).

"Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis atau pegawai penyiasat kes, Inspektor Raja Azlan Shah di talian 012-6224 277.

"Kes kini disiasat mengikut Sek 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. - K! ONLINE