Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii berkata, kejadian kira-kira pukul 1.40 petang itu mengakibatkan mangsa, Gary Nevile Wilson, 21, dan Gabriel Bryan Sibak Wilson, 23, maut kerana terperangkap dalam kereta tersebut.

"Operasi sukar kerana arus deras dengan kedalaman sungai kira-kira lima meter dan jarak tebing ke kereta sekitar 15 meter.

"Mayat pertama ditemui pukul 5.01 petang, manakala mayat kedua dijumpai pukul 5.27 petang tadi," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Tambahnya, operasi ditamatkan kira-kira pukul 5.37 petang selepas kedua-dua mayat mangsa ditemui dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. - K! ONLINE