Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, kejadian kira-kira pukul 11 malam itu berlaku apabila suspek dikatakan mengamuk sebelum masuk ke dalam rumah mangsa.

"Dua kanak-kanak itu yang berada di dalam bilik bersama ibu mereka kemudian dikelar suspek," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kata beliau, suspek berjaya ditahan sejurus selepas kejadian.

"Siasatan awal mendapati suspek memiliki rekod jenayah lampau berkaitan dadah," ujarnya.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh .-K! ONLINE